Firman ALLAH

Kemudian(Ingatlah keadaan yg berlaku) apabila datang suara jeritan yg dasyat. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibu serta bapanya, dan isteri serta anak2nya, KERANA tiap2 seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara2 yg cukup untuk menjadikan dia sibuk dgn hal dirinya sahaja. (Surah A'basa 33,34,35,36,37)

only one the greatest ummah in Y2K

Tuesday, September 30, 2008

Tukartiub(ISA)

Malam ini pintu sel ditutup jam 7.00 petang. Kalau sendirian maka sendirianlah. Maghrib dan tarawikh dalam sel. Takbir didengari dari belakang tembok.

Esok subuh kedengaran azan. Pintu sel di buka jam7.00 pagi. Baju yang itu, yang itu jugalah. Sudah dibasuh dan himpit bantal. Seluar biru dan baju putih.

Kunci pun dibuka. Pegawal sampai. Lalu beratur dari blok ke blok menuju ke masjid. Maka untuk pertama kalinya dapat bertemu dan bersalaman. Maka ternampak muka - muka yang baru dan muka yang lama. Tak puas-puas bertanya khabar. Dari mana dan sel mana. Blok mana dan asal dari mana.

Imam pun berkhutubah diantara kebun-kebun sayur dan bilik-bilik orang salah. Bagitu ramai banduan dan tahanan. Melimpah ruah hingga ke laman. Semuanya berdoa dan berjanji. Si banduan menyesal tak buat lagi. Si tahanan bertekad menguji diri

Maka terigatlah anak dan isteri. Mereka yang lama tidak ke sini.

Habis khutbah beratur lagi. Pulang ke blok untuk menikmati makan. Hari raya menu nya hebat sekali. Ada kueh kek ,pisang dan roti.

Hari ini macam semalam.Hari semalam macam dahulu. Hari dahulu macam 2 bulan dulu. Hari dua bulan dulu macam tiga tahun dahulu. Hari tiga tahun dahulu macam enam tahun dahulu.

Hati berdebar menunggu angka di panggil - 2504!

Di luar dari subuh lagi anak isteri telah beratur. Menunggu giliran untuk bertemu. Nasib baik dapat makan semeja. Kalau tidak dalam bilik pertemuan dipisah oleh jeriji. Tak boleh usik badan tak boleh raba gigi.Nak cium pipi jauh sekali.

Nasib baik banyak saudara yang datang. Ada lemang dan nasi impit. Kalau nasib baik dapat bawa ke dalam sel. Jika ‘ikut arahan’ semua tidak di bolehkan.

Tidak banyak yang hendak di cerita. Mulut penuh lemang sambil hendak mendengar berita tentang si polan dan si anu. Tentang kenduri kahwin dan yang meninggal dunia. Tentang anak sekolah dan periksa tahunan. Tentang duit tak cukup dan sewa rumah. Tentang cari kerja dan pembantu di rumah.

60 minit semua selesai. Maka pulanglah ke dalam sel. Hati berdebar jiwa bersedih. Hati menjadi tabah jiwa bertambah kaseh. Anak dan isteri, ibu dan mertua, kucing dan anjing, pena dan tinta – semua berligar dalam ingatan.

Jam 7.00 sel di tutup. Itu lah berhari raya di Kamunting.

Ramadan pergi..

Suatu perjalanan yg sukar... Rahsia Bagaikan ujian buat setiap insan utk dinilai bg Allah Rahsia yg hanya dinilai olehNya. Tiada yg tahu melainkan merasa dgn keizinannya. Rahsia yg tiada dapat dirungkai. Suasana hny pd dirasai bg yg bersedia. Sebuah perjalanan yg suci hny pd yg terbit cinta. Kisah hidup yg penuh berjiwa. Tiada yg dapat mengkaji dgn sebarang alat atau apa saja, kerana ia Rahsia. Ia umpama keratan kertas yg disambung dr awal perjanjian. Perjanjian yg penuh Rahsia. Bagaikan kejutaan kekayaan yg tiada siapa merasainya. Kebahagiaan yg tak pernah terjumpa. Sukarnya perjalanan Rahsia ini. Perjumpaan besar buat yg terpilih, dlm keRahsiaan yg tidak siapa mengetahui nya. Dunia semakin tua bagai ape yg dikata oleh Tuan besar buat sgl Rahsia semasa dimikrajkan, bhw perjalanan pertamanya Beliau menjumpai seorg wanita yg bongkok terlalu daif serta tua nyanyuk..Telah beberapa kepingan telah berlalu dari kisah ini. Rahsia ini tetap diketahui pada suatu masa keagungan yg telah ditetapkan. Jawapan setiap kepingan yg dihurai akan menjadi kan penyesalan tiada hujungnya. Mampukah ini menjadi sebuah kebahagiaan..Apakah Rahsia diri menjadi ketenangan pd diri sendiri. Allah maha berkuasa atas tiap2 sesuatu. Allah maha mengetahui atas tiap2 sesuatu. Betapa jauh seorg hamba tanpa mengenali dirinya. Moga Ramadhan dapat ditemui lg utk perbaiki segala Rahsia buat persiapan Hari Keagungan Allah.
"Katakanlah Allah yang Maha Esa, Allah tempat makhluk memohon hajat, Ia tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan, Dan tiada siapa yg setara dgnNya"

Saturday, September 27, 2008

Selamat Berbuka Puasa

Keindahan dr blog tukartiub


Hujan petang, redup dan kabus
Kanak-kanak risau kalau raya ujan
Tok peraih risau
Barang tak abis

Raya lagi tiga hari

Kueh bertimbun-timbun di jalan chow kit
Kain baju melambak di jalan masjid india
Malam ni malam menuai untuk tok peraih

Banyak nak dibeli sebelum ke kampung
Ramai menunggu lelong di malam raya
Ramai berharap ada harga borong

Berligarlah malam ni
Dari malam hingga subuh
Mencari suasana raya
Dari shah alam ke cheras
Dari gombak ke keramat

Duit kertas belum bertukar
Sampul angpau belum ditemui
Mercun masih dicari

Untuk anak-anak
Duit raya bersampul surat
Satu budaya raya
Untuk anak-anak
Duit raya bersampul surat
Satu budaya melayu
Mereka tidak sedar ianya muncul hanya 20 tahun dahulu
Dari budaya tionghua dan kong hee fatt choi

Inilah bukti yang budaya berubah dan berganti
Kita menerima dan kita memberi
Kita memakai dan kita merayakan

Inilah bukti budaya meresapi budaya
Tidak ada yang tuan
Tidak ada yang hamba
Kita anak semua bangsa
Beraya dan merayakan kehidupan

Seratus tahun dari hari ini
Sampul surat angpau ini
Adalah tanda abadi
Tanpa menteri budaya
Dan jabatan perdana menteri
Tak perlu kempen
Heboh-heboh dalam tv
Kita boleh hidup tanpa syak dan sangsi
Anak semua bangsa
Adalah warga bumi ini

Setiap post Selamat Berbuka Puasa sgt membuat hati terasa diri jauh dr pengalaman sebenar yg mendewasakan kite utk menjadi yg lebih baik..
Sy menganggap beliau sbg sebahagian ahli falsafah.

Friday, September 26, 2008

Sekretaris Rasulullah S.A.W (kisah 1)

Menyambut Rasulullah S.A.W

Ia adlh Zaid bin Tsabit bin Dhahhak bin Zaid bin Louzdan bin 'Umar bin Abdu 'Auf bin Malik bin Najjar Al-Anshary Al-Khazrajy......Abu Sa'id..dipanggilkan juga Abu Tsabit..


"Nabi telah smpi..!!Nabi telah smpi.." Demikianlah suara anaknya bersorak-sorak, kedengaran oleh ibunya yg ketika itu sdg bekerja di ruang tamu rumah.
Zaid meloncat2 oleh krn kegirangannya. Kegembiraan hati telah memagut segenap jiwanya, perasaanya serta bahagia dan kebanggaan. Tiada mampu ia menyembunyikan rasa hatinya hingga teriak2nye didengari oleh ibunya.
Lalu ibunya menyuruh agar melihat dimana Rasulullah tinggal supaya memberikan makanan yg telah siap disediakan. Kedatangan beliau itu dinantikan dan disambut oleh tokoh2 Aus dan Khazraj, bg suatu perayaan yg amat meriah. Para wanita2, bdk2 perempuan, dan anak2 semua keluar utk memandang para muhajirin dgn Nabi yg mulia itu. Berita kedatngan Rasul telah memasuki seluruh pelosok jazirah di kota madinah. Dengan amat harap dan rindu, Zaid menantikan hari itu, dimana ia akn dpt melihat Nabi dgn sendirinya.
Para pemuka Aus dan Khazraj setiap hari ke luar kota menantikan Nabi, menunggu kedatangannya dari awal siang smpi mathari di ubun kepala, kemudian jika belum tiba maka mereka pulang dgn hampa..hingga smpi ke hari dimana Nabi serta Abu Bakar Siddiq dan Sahabat2 menjejakkan kaki di tanah Yathrib, kota Madinah.
Lalu Nabi membiarkan untanya memilih dimana tmpt Nabi berehat krn semua ingin menjadikan Nabi sbg tetamu mereka. Setelah beberapa ketika lalu unta itu berlabuh di depan rumah Abu Ayyub Al-Anshary, gembira hingga berseri2lah Abu Ayyub dgn ketentuan itu. Lalu Zaid bin Tsabit dgn segera berlari pulang hendak menyampaikan kpd ibunya bahwa Nabi telah turun di rumah Khalid bin Zaid Al-Anshary, nama asli Abu Ayyub.
Ibu Zaid membuatkan sepinggan besar roti berkuah, dgn minyak samin dan susu. Maka pinggan berisi masakan roti itu dihantar oleh Zaid kepada Nabi. Sesampai di rumah Abu Ayyub, hidangan yg tiada seberapa itu, dgn sopan diletakkan Zaid di hadapan Nabi. Ayah Zaid, Tsabit tak ada lagi, ia menemui ajalnya ketika perang Bu'ats, perang yg terjadi antara Aus dan Khazraj, lima tahun sebelum Nabi Hijrah dan saat itu, Zaid masih berumur enam tahun.
Dengan kehadiran Nabi di Madinah, lenyaplah permusuhan yg sudah lama antara Aus dan Khazraj. Kini didalam jiwa Islam mereka berhimpun, menyusun hati mereka yg selama ini dlm permusuhan, diikat dgn tali halus ukhuwah, kasih sayang dan rela bermaafan.
Demikianlah fitrah jiwa Islam, dimana saja ia singgah menetap, sentiasa segera menundukkan perdamaian, keamanan dan ketenteraman. Ia akan mengembangkan sayap kebahagiaan, thama'ninah dan keserasian, bermula dari bawah naungan hidup dunia ini, smpi kelak diantar keatas peraduan hidup ukhrawi, sebagai kebahagiaan yg abadi, bagi siapa yg menginginkannya serta giat berusaha mencapainya, dgn penuh iman yg indah.
Dari sini pulalah sumbernya, maka kita mendapat sirah, perjalanan Nabi itu selengkap2nya. Sebab org2 yg menyampaikannya, adlh org2 yg sangat mencintai beliau, hingga mereka sentiasa mengikuti detik2 kehidupannya yg mulia dan semua liku hidupnya. Dengan demikian baru mereka dapat mengikut dan menauladani beliau dgn secara murni, agar benar2 mereka berakhlak seperti akhlak beliau dgn tiada cacat dan kekurangan.
Dengan itu juga, maka Islam secara sempurna dan konkrit smpi kpd ummat yg di belakang beliau, tanpa kurang sedikitpun. Hal mana adlh sesuatu yg terjadi pada diri Nabi saja, tidak diperoleh pd Nabi2 lain. Dan itulah kiasan dari sabda dan Janji Allah dlm kitabnya ; "Kami (Allah) yg menurunkan Al-Qur'an itu dan kami (Allah) yg menjamin akn menjaga memeliharanya" (Q.S 15 : 9).
Maka kerana itu, hari sampainya Nabi ke kota hijrah itu adlh satu hari besar, yg membuka lembaran baru dalam catatan Islam dan pintu baru, tempat meninjau dunia yg sedang lengah terlalai, yg sedang diumbang-ambingkan kesesatan dan kebimbangan. Juga satu peristiwa membuat manusia menilai secara jujur yang tiada sistem hidup selain dari Islam.....

Thursday, September 25, 2008

Suratkhabar

Kebelakangan ni, membeli paper da satu pembaziran, smua paper pentingkan priority sdri. Jd biarkanla mereka dgn labu2 nyer.. Paper satu medium mencerna minda, namun smua berubah dgn berita2 palsu, hingga utusan melayu hampir tiada jualan krn berita2 yg disajikn hny utk kepentingan peribadi.
Berita Harian hgga mengeluarkn new face tp tidak mampu utk menjd akhbar bualan rakyat pd masa kini.
Paper Metro hnylah paper jualan utk perniagaan, cr kerja dn cerita pelik2 la. Jualan masih selamat.
The Star..slh satu paper yg mnjd kontroversi kmbl krn ingin keseimbangan berita.
Sinar slh satu paper yg membuat lonjakan krn berpolitik dgn seimbang juga harga yg murah..
Keadilan adlh mutlak paper parti politik juga harakah, tetapi harakah terlalu cepat terbitan nye lalu pembaca hny diklgn yg setia. Sepatutnya Harakah merupakn medium rencah agama spt dulu hny sebuln skali utk membuat pembc teruja utk membeli. Lbh baik keluarkn sebuah lg paper yg umum dr keluar kn harakh byk kali.. Moga kisah paper2 yg top kt Malaysia ni lbh matang dlm menyampai berita, jgn hny mementingkn sesuatu kepentingan..ini membuat rakyat muak dan rimas dgn keadaan begini.

Wednesday, September 24, 2008

Syair Tuan Guru Hamzah Fansuri

Petikan Syair Dagang - Hamzah Fansuri

Hai sekalian kita yang kurang
nafsumu itu lawan berperang
jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang

Amati-amati membuang diri
menjadi dagang segenap diri
baik-baik engkau fikiri
supaya dapat emas sendiri
-Hamzah Fansuri

Pemuda dikasihi Allah

Kisah segolonga remaja @ pemuda yg mempertahankan akidah Islamiyah dari ancaman walau dr sebuah pemerintahan. Bagaimana Allah menjelaskn buat tatapan umat Nabi Muhammad S.A.W yg dikasihinya agar sedar bhw ape sahaja tindakan, adlah Allah beserta org2 Islam yg bersabar dan yg berjihad di jalan Allah.

Allah menceritakan tentang mereka menerusi ayat 9-14 surah al-Kahfi maksudnya: "Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa kisah 'Ashaabul Kahfi' dan 'Ar-Raqiim' itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami". (10)

"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11).

"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12)

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (13)

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan Yang Mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh daripada kebenaran." (14)

Dalam kesempatan ini, paling penting ialah remaja perlu merujuk nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya bagi meniti kejayaan sebenar, nasihat-nasihat yang disampaikan itu antara lain:

1- Bersyukur kepada Allah.
2- Tidak melakukan syirik kepada-Nya.
3- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
4- Menunaikan solat.
5- Menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
6- Bersabar terhadap ujian yang menimpa diri.
7- Tidak bertindak sombong dan angkuh kepada manusia.
8- Besederhana ketika berjalan (tidak terlalu cepat atau lambat).
9- Merendahkan suara ketika bercakap.

Saturday, September 20, 2008

Asbab Manusia Lemah








Amalan Penyebab Papa Kedana

1. Banyak Berbohong.
2. Banyak Tidur.
3. Pemalas @ Berat Tulang.
4. Tidur Bertelanjang.
5. Makan ketika berhadas Besar.
6. Bermudah-mudah melempar (buang) makanan.
7. Selalu bakar kulit Bawang.
8. Menyapu Sampah diwaktu Malam.
9. Berjalan dihadapan Guru.
10. Memanggil ibubapa dengan namanya.
11. Selalu membasuh tangan dengan Tanah.
12. Bermudah-mudahan dengan Solat.
(pandang remeh/ malas/ tidak belajar solat dengan betul)
13. Membiarkan Labah-labah didalam Rumah. (sawangnya juga)
14. Cepat keluar apabila memasuki surau atau masjid. ( cepat nak balik)
15. Menjahit pakaian Yang Masih Ditubuh. (sedang dipakai)
16. Suka makan-minum (beli) dikedai diwaktu pagi.
17. Lambat balik bila keluar Rumah. (melengahkan masa)
18. Tidak segera Membasuh Pinggan Mangkuk selepas Makan.
19. Memadamkan Pelita/ Lilin dengan Nafas. (Hembus)
20. Selalu menulis menggunakan Pensil yang sudah Patah.
21. Tidak Suka Berdoa untuk kedua Ibubapa.
22. Memakai seluar sambil Berdiri.
23. BAKHIL atau Kedekut atau Tangkai Jering.
24. Membazirkan Harta tidak tentu Hala. (boros)
25. Banyak bercakap KOSONG. (tidak ada faedah)
26. Menyikat Rambut dengan Sikat yang sudah Patah.
27. Membiarkan binatang/serangga halus didalam rumah.
( tikus, semut, lalat, lipas cicak dsb.)

Monday, September 15, 2008

Hutang!huhu

Masalah










Baru umur da 20 an, rakyat malaysia seperti aku menanggung banyak hutang, kerana kehendak duit yang memuncak, tersilap langkah maka berakhir lah kisah hidup walau muda seusia ini. Dgn cukai pintu, lg la condomaniam spt ni dgn bayaran mentenannye, apalagi utk kehidupan seharian pula..makan, minum dan pelbagai tata carahidup yg perlu, sedang yg kaya semakin membazir mengeluar kan harta benda yg ada. Apalah nasib org2 seperti saya ini. Yg telah berjaya dalam hidupnya dah tentu kelegaan bg nya, tetapi bg yg belum berjaya atau tak kan berjaya dah tentu masalah dalam hidupnya terlalu rumit utk diselamatkan, terkadang putus asa juga disebabkan masalah yg terlalu bertambah. 

Islam

Byk pekara dlm islam dpt menyelesaikan tetapi kita sbg hamba perlu berusaha sekuat mungkin utk menyelesaikan dgn uasaha yg gigih dan penuh ketakwaan. Selepas kita berusaha hendaklah kite bertawakkal kepada Allah. Kemudahan yg Islam beri adlh dgn rapatnya hamba dgn tuannya yakni Allah. Begitupun sukar, Allah sentiasa memberi peluang utk hambanya. Maka hny Islam yg dpt memberi kesedaran utk menyelesaikan masalah dgn tertib mengikut susun cara yg selayaknya.

Wali Songo

Wali Songo
Spread Islam in Asian