Firman ALLAH

Kemudian(Ingatlah keadaan yg berlaku) apabila datang suara jeritan yg dasyat. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibu serta bapanya, dan isteri serta anak2nya, KERANA tiap2 seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara2 yg cukup untuk menjadikan dia sibuk dgn hal dirinya sahaja. (Surah A'basa 33,34,35,36,37)

only one the greatest ummah in Y2K

Saturday, September 27, 2008

Selamat Berbuka Puasa

Keindahan dr blog tukartiub


Hujan petang, redup dan kabus
Kanak-kanak risau kalau raya ujan
Tok peraih risau
Barang tak abis

Raya lagi tiga hari

Kueh bertimbun-timbun di jalan chow kit
Kain baju melambak di jalan masjid india
Malam ni malam menuai untuk tok peraih

Banyak nak dibeli sebelum ke kampung
Ramai menunggu lelong di malam raya
Ramai berharap ada harga borong

Berligarlah malam ni
Dari malam hingga subuh
Mencari suasana raya
Dari shah alam ke cheras
Dari gombak ke keramat

Duit kertas belum bertukar
Sampul angpau belum ditemui
Mercun masih dicari

Untuk anak-anak
Duit raya bersampul surat
Satu budaya raya
Untuk anak-anak
Duit raya bersampul surat
Satu budaya melayu
Mereka tidak sedar ianya muncul hanya 20 tahun dahulu
Dari budaya tionghua dan kong hee fatt choi

Inilah bukti yang budaya berubah dan berganti
Kita menerima dan kita memberi
Kita memakai dan kita merayakan

Inilah bukti budaya meresapi budaya
Tidak ada yang tuan
Tidak ada yang hamba
Kita anak semua bangsa
Beraya dan merayakan kehidupan

Seratus tahun dari hari ini
Sampul surat angpau ini
Adalah tanda abadi
Tanpa menteri budaya
Dan jabatan perdana menteri
Tak perlu kempen
Heboh-heboh dalam tv
Kita boleh hidup tanpa syak dan sangsi
Anak semua bangsa
Adalah warga bumi ini

Setiap post Selamat Berbuka Puasa sgt membuat hati terasa diri jauh dr pengalaman sebenar yg mendewasakan kite utk menjadi yg lebih baik..
Sy menganggap beliau sbg sebahagian ahli falsafah.

No comments:

Wali Songo

Wali Songo
Spread Islam in Asian