Doa oleh Sheikh Mohammad Mohaisny
(Selepas solat teraweh berakhir, dia di tangkap oleh puak munafiqin)
Dengarkan Doanya...
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
Kemudian(Ingatlah keadaan yg berlaku) apabila datang suara jeritan yg dasyat. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibu serta bapanya, dan isteri serta anak2nya, KERANA tiap2 seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara2 yg cukup untuk menjadikan dia sibuk dgn hal dirinya sahaja. (Surah A'basa 33,34,35,36,37)
Tidakkah kamu lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?
Sesungguhnya aku, seorang tua yg lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yg lantang yg mampu menggegarkan semua tempat dgn suaraku (yg perlahan ini).
Aku tidak mampu utk ke mana-mana tempat bg memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku, yg sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yg diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yg menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah, atau adakah kalian semua telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yg berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yg bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah.. Tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian) yg bangkit menentang musuh-musuh Allah yg telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia kepada golongan yg dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas..Tidak adakah yg mahu bangkit menentang musuh-musuh yg telah berjanji setia utk menghancurkan dan meghukum kami.
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yg dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yg mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan;Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yg sedang dipatah-patahkan tulang temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yg lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yg beriman!
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
Kami jadikan dikalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yg diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, keran ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada'.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yg lalai daripada menunaikan kewajipan yg diamanahkan.
Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yg menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.