Firman ALLAH

Kemudian(Ingatlah keadaan yg berlaku) apabila datang suara jeritan yg dasyat. Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibu serta bapanya, dan isteri serta anak2nya, KERANA tiap2 seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara2 yg cukup untuk menjadikan dia sibuk dgn hal dirinya sahaja. (Surah A'basa 33,34,35,36,37)

only one the greatest ummah in Y2K

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya











Selamat Hari Raya Aidilfitri

Suasana yg sgt berbeza dr hari2 yg pernah dilalui,
Raya mengajar kita tentang,
Kegembiraan, kesedihan, permuafakatan, persaudaraan,
Keindahan, kesaksian, kemesraan.
Raya juga membuat kita menziarah sesaudara muslim.
Menelaah erti kasih sayang,
Menjaga adab tingkah laku,
Memberi makan pd yg datang,
Suasana makna dari sudut berbeza.

Adakah bererti Raya buat dibelakang jeriji besi,
Buat berjuang demi menyelamat ummah dan Islam,
Buat fakir miskin yg tiada apa melainkan Islam,
Buat mereka yg diseksa, dihukum, dicaci, dihina di pagi Raya,
Sedang mereka juga saudara kita..
Dimana Raya?
Dimana Kegembiraan, kesedihan, permuafakatan, persaudaraan,
Keindahan, kesaksian, kemesraan buat mereka,
Dimana kita yg bersenang lenang bersimpuh,
Merasa kenikmatan lemang, rendang, kuih dan muih,
Ketika mereka merasa keperitannya.

Raya membina ukhwah setiap muslim,
Tetapi marilah kita bersama mengingati,
Muslim yg masih susah mengharungi hidup,
Mendoakan mereka dlm setiap doa kita,
Mengingati mereka dlm setiap kegembiraan kita,
Memberi semangat pada org dikeliling mereka,
Moga Hari Raya kali ini dapat menyerikan hati dengan penuh kasih sayang,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin,


Ya Allah, Berikan kekuatan pada setiap pejuang2 agamaMu yg sdg derita atau sdg melalui kemenangan…

No comments:

Wali Songo

Wali Songo
Spread Islam in Asian